BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 26, 2010

TUDUNG RAYA


mmmmm tudung raya dh siap.... yae! yae! tp posa lum lg!!!! oooopppssss!! mcmana tu?hihi...early preparation... x la nnt last minute budget lari... nak byr kuih raya lg, beli barang baju kat family lg, duit raya lg.... cantik x tudung nie?? hehehe... xsabo lak nak pakai... tudung nie beli dr krin's world... dh 3 helai amik kat sini... suka ngan hasil jahitannya... cantik... thanks shidah....

Wednesday, July 21, 2010

Kenapa Cincin Nikah Di Sarungkan Ke Jari Manis?

Ikutkan langkah yang dituliskan dibawah ini.

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam(rujuk gambar di atas)

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.

3. Cube buka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibukakan??ini kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

5. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

6. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan rasa pelik dan heran kerana jari tersebut tak boleh dibuka. sebab jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.tapi boleh buka..tapi tak la seluas bukaan yang lain... Cinta suami isteri kekal abadi. insyaAllah..

p/s:- sumber dari blog seorang sahabat ....

Monday, July 19, 2010

Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu

JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu.

Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat. Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata mereka terharu dan bersyukur dengan anugerah Allah itu kerana sudah lama berusaha untuk mendapat cahaya mata, lebih manis lagi dikurniakan empat bayi sekali gus.

Katanya, mereka terkejut dikurniakan kembar empat kerana doktor yang melakukan pemeriksaan peringkat awal kehamilan Norhayu memaklumkan kembar tiga.

Beliau berkata, mereka membuat persiapan untuk menyambut kembar tiga.

“Semua bayi tidak cukup bulan dan ditahan sementara di HPP dengan dua daripada mereka dibenar pulang pada 28 Jun lalu, manakala dua lagi pada 1 Julai lalu.

“Kami bersyukur kerana semua bayi sihat dan kini tidak menang tangan melayan kerenah mereka, terutama ketika menangis. Namun, ia amat menyeronokkan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga,” katanya di sini, semalam.
Mohd Rizal, juruteknik kilang plastik di Pulau Pinang berkata, kembar empat itu seiras dan diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (satu kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).

Sementara itu, Norhayu yang juga suri rumah berkata, mereka puas berusaha untuk mendapatkan zuriat termasuk menggunakan rawatan moden dan tradisional, selain banyak berdoa.

“Peringkat awal hamil saya amat risaukan keadaan kandungan kerana mengalami alahan serius, termasuk kerap muntah,” katanya.

“Namun, saya bersyukur kerana keempat-empat bayi selamat dilahirkan dan sihat, katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan,” katanya.

p/s : Allah Maha Besar...

Wednesday, July 7, 2010

LOVELY PRESENT FROM LOVELY FRIEND




hari nie aku terima bungkusan pos laju daripada terengganu...bila buka ada tudung warna ijau lumut bermanik....thanks 2 kak ida yang sudi beri hadiah nie...buat susah2 jer...terharu n gembira sgt...x sabo nak pakai...huhuhu...mmg cantik n kemas jahitannya...

p/s: sesiapa nak tempah tudung2 bermanik leh layari www.krinsworld.blogspot.com ....mcm2 design ada....