BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 29, 2009

TEMPAT MENCARI ILHAM



nie dah xdak keje sgt la dah...hahaha...nie meja aku kat bilik guru...hehehe...agak ke belakang...di sinilah aku duduk semenjak bertugs di SMK Abdullah Munshi...tempat mencari ilham, membuat rujukan, tempat pelajar nak jupe...kiranya strategik la...

Monday, September 28, 2009

RAJA SEHARI - IZA HAZLINI ABDUL HAMID



iza adalah kawan aku dr kecik..jiran sebelah umah kat jalan ibbetson merangkap rakan sekelas...kami sekelas dari darjah 2 hingga darjah 6 di srk batu lanchang...pastu sambung sama sekolah kat smk abdullah munshi..namun lain kelas...kiranya zaman kanak-kanak banyak membesar bersama...banyak kenangan masa zaman remaja dulu...main masak, police n thief, naik moto meronda dan banyak lagi la...huhuhu...kami seakan lost contact bila iza n family berpindah ke teluk kumbar setelah pakcik hamid pencen...sejak dr tu jarang jupe dah..thanks atas jemputan kawin nie...iza ni kawin 1 mei 09 ari tu...tp memandangkan memory card aku patah, terpaksa la beli card reader yang agak mahal skit...nasib baik selamat semua gambar2 nie...selamat pengantin baru untuk iza n husband...moga berkekalan hingga ke akhir hayat...


KEMBALI BEKERJA...

mmmm...semangat nak mula keje agak kureng ari nie...huhu....almaklum la still dlm mood raya dan mood bercuti lg...dtg sekolah pelajar2 aku start minta duit raya...adoiii....bkn xnak bagi...tp kalau dh bagi kat sorang semua kena bagi...dah la aku ngajar 11 kelas...darab la ngan lebih kurang 28 pelajar satu kelas...mahu dkt 300 orang anak murid aku....huhuhu....insyaAllah bila cikgu dah kaya nnt cikgu bagi yer...kekeke...persoalannya bila aku nak kaya????

Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

salam..rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang menbaca blog saya nie...kita kan ada sebulan untuk meraikan syawal..tahun nie mmg happening..bkn apa..berjalan sakan...dari alor staq ke johor bahru...kekeke..melawat saudara mara..tahun nie raya kat parit buntar dulu..raya pertama melawat keluarga belah abah...sampai g ke aloq staq umah pak ngah hussin...raya ke-3 ada kenduri aqiqah kat umah mummy...pas kenduri balik muar..kampung sebelah husband..raya ke-5 g pasir gudang...tdo umah kakak ipar...raya-6 beraya belah2 jb umah sedara belah husband..raya ke-7 baru balik penang..mmg penat tp seronok dpt berjalan2...tahun nie juga terasa kehilangan abah mertua yang telah kembali ke rahmatullah mei lepas...masih terngiang di telinga ngan suaranya bila balik muar..alfatihah..

Tuesday, September 15, 2009

FAKTA LAWAK....

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasamelayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?