Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas
tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung
kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanakkanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan
kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya
mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama .
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan
anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku
cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Thursday, August 25, 2011
KUPU-KUPU SYURGA
Posted by aidadida at 11:30 AM 0 comments
Labels: CERITA
KUPU-KUPU SYURGA
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas
tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung
kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanakkanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan
kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya
mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama .
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan
anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku
cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Posted by aidadida at 11:30 AM 0 comments
Labels: CERITA
Friday, July 8, 2011
CIUM ANAK DAPAT PAHALA
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi." Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu." Wallahualam
Posted by aidadida at 10:26 AM 0 comments
Labels: CERITA
Thursday, August 19, 2010
Jika Isterimu Menangis...
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.
Posted by aidadida at 7:33 AM 0 comments
Labels: CERITA
Friday, August 13, 2010
Thursday, August 5, 2010
NASIK KANDAQ BEST KAT PENANG
Senarai Kedai Nasi Kandar Best
Pagi
1. Jelutong (kedai cina bertentangan balai Polis - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak)
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
Tengahari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)
Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)
Restoran Deen 24jam (Jln Jelutong sebelah &-Eleven - yg ni sedap & terkenal di kalangan Penangites)
P/s: source daripada forum cari.com
Posted by aidadida at 7:42 AM 0 comments
Labels: CERITA
Monday, July 19, 2010
Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu
Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat. Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata mereka terharu dan bersyukur dengan anugerah Allah itu kerana sudah lama berusaha untuk mendapat cahaya mata, lebih manis lagi dikurniakan empat bayi sekali gus.
Katanya, mereka terkejut dikurniakan kembar empat kerana doktor yang melakukan pemeriksaan peringkat awal kehamilan Norhayu memaklumkan kembar tiga.
Beliau berkata, mereka membuat persiapan untuk menyambut kembar tiga.
“Semua bayi tidak cukup bulan dan ditahan sementara di HPP dengan dua daripada mereka dibenar pulang pada 28 Jun lalu, manakala dua lagi pada 1 Julai lalu.
“Kami bersyukur kerana semua bayi sihat dan kini tidak menang tangan melayan kerenah mereka, terutama ketika menangis. Namun, ia amat menyeronokkan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga,” katanya di sini, semalam.
Mohd Rizal, juruteknik kilang plastik di Pulau Pinang berkata, kembar empat itu seiras dan diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (satu kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).
Sementara itu, Norhayu yang juga suri rumah berkata, mereka puas berusaha untuk mendapatkan zuriat termasuk menggunakan rawatan moden dan tradisional, selain banyak berdoa.
“Peringkat awal hamil saya amat risaukan keadaan kandungan kerana mengalami alahan serius, termasuk kerap muntah,” katanya.
“Namun, saya bersyukur kerana keempat-empat bayi selamat dilahirkan dan sihat, katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan,” katanya.
p/s : Allah Maha Besar...
Posted by aidadida at 8:12 AM 0 comments
Labels: CERITA
Tuesday, May 18, 2010
Had murid antara 40 cadangan atasi beban guru
KUALA LUMPUR: Mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah adalah antara 40 cadangan mengatasi beban tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan.
Ketika ini, kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar, mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada yang melebihi 40 murid, menyebabkan guru menanggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid yang berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan.
“Berdasarkan cadangan itu, kerajaan perlu memikirkan langkah mengatasi masalah kepadatan bilik darjah supaya mencapai jumlah ideal 25 pelajar, termasuk menambah bilangan kelas di sekolah. Jika dilaksanakan, kementerian juga perlu menambah guru.
“Bagaimanapun secara prinsip, persetujuan sudah dicapai dalam jawatankuasa itu supaya setiap cadangan disokong dengan fakta saintifik yang bernas bersama anggaran kos supaya dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan,” katanya semalam.
Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru.
Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.
Sumber itu berkata, 40 cadangan yang disenaraikan selepas beberapa siri mesyuarat adalah hasil penelitian mendalam dan semakan semula terhadap beberapa kajian utama yang pernah dijalankan mengenai beban tugas guru sebelum ini, termasuk Laporan Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada 1997.
Selain itu, beliau berkata, sebahagian daripada saranan dicadangkan oleh pertubuhan perguruan yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan, di samping pemantauan dan hasil soal selidik dengan guru peringkat akar umbi.
Katanya, satu lagi cadangan ialah kementerian mematuhi pekelilingnya dengan memastikan ada guru ganti bagi mengisi kekosongan untuk guru cuti bersalin atau berkursus bagi tempoh lama dan bukan dibebankan kepada guru lain.
Cadangan lain ialah pengagihan tugas yang sama rata kepada semua guru di sekolah dan bukan hanya kepada kumpulan tertentu semata-mata berdasarkan ‘siapa boleh buat kerja.’
Jawatankuasa berkenaan juga mencadangkan supaya kementerian menambah dua lagi kerani di sekolah yang murid melebihi 500 orang dan pentadbiran sekolah diberi kebebasan menentukan pembabitan dalam program anjuran pihak luar tanpa dikenakan sebarang tindakan.
“Ketika ini, sekolah terpaksa akur jika ada arahan menyertai program anjuran pihak luar, walaupun kadang kala ia diadakan secara mengejut. Ini membebankan guru kerana pada masa sama mereka terpaksa menjalankan program lain yang sudah diatur terlebih dulu dalam takwim sekolah,” katanya.
p/s : kita tggu dan lihat....
Posted by aidadida at 8:01 AM 0 comments
Labels: CERITA
Thursday, May 13, 2010
Kajian beban guru siap dalam seminggu
PUTRAJAYA 12 Mei – Laporan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban guru di seluruh negara akan siap dan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa seminggu lagi.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penyerahan laporan tersebut dapat dilakukan setelah proses pengumpulan maklumat dan perbincangan mengenai kajian beban guru kini di peringkat akhir.
Menurutnya, kementerian sebelum ini memberikan tempoh selama dua bulan dari April hingga akhir Mei ini untuk membincangkan tentang bebanan tugas guru.
“Petang ini juga saya mengadakan mesyuarat terakhir dengan ahli jawatankuasa untuk membincangkan laporan bebanan tugas guru.
“Apabila semua maklumat telah dikumpulkan kita akan menyerahkan laporan tersebut kepada Menteri Pelajaran dengan segera dan beliau akan mengumumkan perkara yang dicadangkan dalam laporan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini selepas memberi taklimat mengenai Sambutan Hari Guru 2010 yang akan berlangsung di Pahang, Ahad ini.
Laporan jawatankuasa khas itu dibuat selepas kementerian mendapati aduan tersebut berasas kerana terdapat guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan untuk mengajar.
Alimuddin berkata, jawatankuasa khas itu bernasib baik kerana hampir dapat menyiapkan laporan tersebut pada waktu yang ditetapkan disebabkan terdapat laporan-laporan lepas untuk dijadikan rujukan.
Selain itu, beliau berkata, jawatankuasa khas itu juga mengambil pendekatan mengadakan makmal perbincangan dengan menjemput para guru, pengetua dan pegawai pendidikan daerah memberi pandangan.
Posted by aidadida at 9:55 AM 0 comments
Labels: CERITA
Saturday, April 24, 2010
Guru Kantoi Menipu Beli Sijil Sakit (mc)
KL : Seorang warga emas, bekas pesara tentera dikesan menjadi dalang utama menjual ribuan surat cuti sakit (MC) palsu kepada kakitangan kerajaan dengan kadar upah RM5 sehari. Warga emas tersebut turut memiliki cop rasmi hospital, sijil cuti palsu dan pelbagai perkakas sampingan untuk kegiatan berkenaan.
Kegiatan warga emas terbabit terbongkar selepas seorang pengetua sekolah menengah di Cheras membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi selepas curiga dengan MC yang diberikan seorang guru di sekolahnya. pengetua terbabit sebelum ini menghantar surat permohonan bagi mengesahkan MC terbabit kepada Hospital Kuala Lumpur untuk memastikan ketulenannya.
Pengetua berusia 53 tahun berkenaan menghantar 6 keping MC yg diberikan seorang guru perempuan sekolahnya yg berusia 29 tahun selepas mendakwa tidak dapat hadir bertugas akibat sakit. misteri terbongkar bila hospital mengesahkan semua MC terbabit adalah palsu. pengetua tersebut yg mengesyaki guru berkenaan telah melakukan penipuan dengan mengemukakan MC palsu membuat laporan polis.
Susulan aduan, polis menahan guru wanita berkenaan & dia mendakwa mendapat MC tersebut dengan bantuan suaminya. suami guru berkenaan mendakwa membeli MC tersebut dr org tengah dgn harga RM30. siasatan terhadap org tengah terbabit, MC itu diperolehi dr pesara tentera tersebut dengan harga RM5. hasil kegiatan, org tengah tersebut dapat keuntungan RM25 atas sekeping MC yg dijual terutama kpd kakitangan kerajaan.
Hasil pemeriksaan polis di kediaman pesara tentera di pangsapuri di Sentul menemui cop doktor HKL & peralatan lain. Polis yakin suspek bergiat aktif menjual MC sejak 2007. Polis juga menahan isteri suspek yg merupakan seorang pembantu tadbir.
Posted by aidadida at 7:18 AM 0 comments
Labels: CERITA
Sunday, March 7, 2010
Hanya 2 Kopitiam ada sijil halal..
Mengulas mengenai trend menjamu selera di kopitiam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihat umat Islam negara ini mengelakkan daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal Jakim. "Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.
Selain itu, Jamil Khir berkata, mereka yang keliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis tertentu juga boleh menghubungi Jakim untuk mendapatkan kepastian. "Logo halal Jakim sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, saya minta rakyat tidak terkeliru dengan pengeluaran logo halal daripada pihak lain. "Pengeluarannya juga telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan. "Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab. "Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab," katanya.
Posted by aidadida at 1:18 PM 0 comments
Labels: CERITA
Thursday, March 4, 2010
‘Contest ker lucky draw?’
sejak 2 menjak nie jadi addict lak nak sertai contest for blogger...selain nak dapat hadiah2 yang semestinya mmg menarik minat, just to past time...mana tau kot2 ada rezeki nak menang :) nie ada satu lagi peraduan dr Qistina's Collections...just follow them k....
**********************************************************
Salam ladies and gents,
1. Follow this blog
2. Suggest a friend to follow this blog, bila ur friend dh follow bagitahu kami melalui email/sms
3. Answer the following questions, sejujur mungkin ;)
- Namakan 3 jenis fabric yang akan anda cari untuk buat baju kurung pada hari raya ini
- Jenis pakaian tradisional yang akan anda gayakan di hari raya tahun ini (kurung johor, kurung pahang atau kurung moden)?
- Size baju kurung/blouse/jubah yang anda pakai, sila beri dalam 2 size berikut:
ii. 38 - 60
4. Daerah dan negeri tempat tinggal anda. (Untuk peserta dari luar negara, kami hanya membuka contest nih kepada regular customer sahaja, k ;))
5. Email jawapan anda kepada kami, subject mesti tulis ‘Contest ker lucky draw?’ Sertakan juga, nama penuh & no handphone k.
Alamak senangnya :). Tarikh tutup penyertaan 1st April 2010.
Kami akan memilih pemenang melalui cabutan bertuah. Hadiah yang kami tawarkan:
Hadiah extra special:
Peserta pertama yang mengemail kami & menepati syarat2 yang ditetapkan layak memenangi:
- 1 x Kebaya Jawa (set baju pasang + selendang), harga pasaran RM 100++
- 2 x Brooch batu Austria berjuntai
- 1 x Telekung Wadimor dari Indonesia, harga pasaran RM 200++. Boleh pakai nak g terawikh nanti k, dan sangat exclusive nak buat hantaran pun boleh ;)
- 1 x Brooch batu Austria berjuntai
- 1 x Kebaya Jawa (set baju pasang + selendang), harga pasaran RM 100++
- 1 x Brooch batu Austria berjuntai
- 1 x beg dompet Chanel gold-colour (non-authentic)
- 1 x Brooch batu Austria berjuntai
- 1 x beg dompet Chanel black-colour (non-authentic)
- 1 x beg dompet LV black-colour (non-authentic)
- 1 x beg dompet LV maroon-colour (non-authentic)
- 1 x beg dompet D&G gold-colour (non-authentic)
- 1 x beg dompet Chanel brown-colour (non-authentic)
best kan hadiah dia....apa lg...jom kita sertai ramai2...
do visit http://www.qistina-collections.blogspot.com/
Posted by aidadida at 7:56 AM 1 comments
Labels: CERITA
Saturday, February 27, 2010
"KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST"
Terdapat 3 cara untuk mendapatkan mata:
1. Soalan Wajib
Peserta wajib untuk menjawab soalan di kategori ini. Soalan akan dikeluarkan setiap hari pada link www.fcucommunity.net sepanjang contest ini berlangsung.
2. Soalan Bonus
Peserta mempunyai pilihan samada untuk menjawab soalan di kategori ini ataupun tidak.
Peserta yang menjawab soalan di kategori ini akan mendapat mata bonus.
3. Tugasan Bonus
Peserta akan mendapat mata bonus jika membuat tugasan yang diberikan oleh penaja.
Soalan dan Tugasan akan mula dikeluarkan pada 1 MAC 2010 sehingga 20 MAC 2010.
Buat masa sekarang, anda boleh mendaftar dahulu.
Untuk keterangan lanjut jom layari http://www.fcucommunity.net
Posted by aidadida at 10:16 AM 8 comments
Labels: CERITA
Wednesday, February 24, 2010
KUNCI PAGAR!!!
MasyaAllah..ngeri sungguh dengar...takut pun ada...minta disimpangkan malapetaka ini...nauzubillah...selalunya aku pun x kunci gate pas husband g ngajar belah pagi...just locked mcm tu jer...tp sejak hari nie dah lock pagar ngan mangga...kena beringat...dah la dok sorg2 pagi2...takut lak bila terbaca cerita nie..thanks 2 kak amal peringatkan....Posted by aidadida at 8:53 PM 1 comments
Labels: CERITA
Sunday, October 18, 2009
PERKARA YANG DILARANG KETIKA SOLAT
Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam. Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam. Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak. |
Posted by aidadida at 3:06 PM 0 comments
Labels: CERITA
Tuesday, October 6, 2009
SAMAN JGN TAK SAMAN
06/10/2009
KUANTAN 6 Okt. — Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.
Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada hari ini, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 Nov. ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan penyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.
Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.
Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Feb. 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009.
Beliau juga mendakwa tidak pernah diberikan peluang membela diri kerana tidak dipanggil atau diberikan peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya itu. - Bernama
Posted by aidadida at 9:07 PM 0 comments
Labels: CERITA
Tuesday, September 15, 2009
FAKTA LAWAK....
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
Posted by aidadida at 2:09 PM 0 comments
Labels: CERITA
Monday, August 31, 2009
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Posted by aidadida at 11:30 AM 0 comments
Labels: CERITA
Wednesday, June 17, 2009
Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.
Posted by aidadida at 10:29 PM 0 comments
Labels: CERITA
Tuesday, May 19, 2009
Kawaq Nak Masuk Umah
Posted by aidadida at 9:19 PM 0 comments
Labels: CERITA
.jpg)








