Sebenarnya kuih koci nie adalah request daripada my hubby...rasanya sejak kawin dia suh buat kuih koci nie...tp x buat2...hehehe...bukan apa...setakat 2 org nak makan nie rasa x berbaloi nak buat...lepas nie kalau buat leh la antar skit kat wan opah...buku resepi dh beli tp hilang mana ntah...insyaAllah hujung minggu nie ayang buat sayang yer...i promise...nie bahan2...saja nak salin kat blog nie...nnt nak buat just refer kat sini jer...
Membuat adunan tepung:
Campurkan tepung pulut bersama garam. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau.
Masukkan air secukupnya. Gaul adunan membentuk doh.
Ambil sedikit doh dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan dengan kemas.
Di atas daun pisang, sapukan minyak kepada kuih dan bungkus kemas.
Kukus antara 15 hingga 20 minit atau hingga kuih masak.
Membuat intinya. Panaskan periuk. Masukkan sedikit air dan gula merah, kacau hingga cair. Masukkan daun pandan dan biar mereneh. Masukkan kelapa parut dan garam. Gaul sebati dan biar hingga kuahnya kering. Tutup api dan biarkan sejuk.