BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 24, 2010

Guru Kantoi Menipu Beli Sijil Sakit (mc)


Kredit kepada Harian Metro

KL : Seorang warga emas, bekas pesara tentera dikesan menjadi dalang utama menjual ribuan surat cuti sakit (MC) palsu kepada kakitangan kerajaan dengan kadar upah RM5 sehari. Warga emas tersebut turut memiliki cop rasmi hospital, sijil cuti palsu dan pelbagai perkakas sampingan untuk kegiatan berkenaan.

Kegiatan warga emas terbabit terbongkar selepas seorang pengetua sekolah menengah di Cheras membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi selepas curiga dengan MC yang diberikan seorang guru di sekolahnya. pengetua terbabit sebelum ini menghantar surat permohonan bagi mengesahkan MC terbabit kepada Hospital Kuala Lumpur untuk memastikan ketulenannya.

Pengetua berusia 53 tahun berkenaan menghantar 6 keping MC yg diberikan seorang guru perempuan sekolahnya yg berusia 29 tahun selepas mendakwa tidak dapat hadir bertugas akibat sakit. misteri terbongkar bila hospital mengesahkan semua MC terbabit adalah palsu. pengetua tersebut yg mengesyaki guru berkenaan telah melakukan penipuan dengan mengemukakan MC palsu membuat laporan polis.

Susulan aduan, polis menahan guru wanita berkenaan & dia mendakwa mendapat MC tersebut dengan bantuan suaminya. suami guru berkenaan mendakwa membeli MC tersebut dr org tengah dgn harga RM30. siasatan terhadap org tengah terbabit, MC itu diperolehi dr pesara tentera tersebut dengan harga RM5. hasil kegiatan, org tengah tersebut dapat keuntungan RM25 atas sekeping MC yg dijual terutama kpd kakitangan kerajaan.

Hasil pemeriksaan polis di kediaman pesara tentera di pangsapuri di Sentul menemui cop doktor HKL & peralatan lain. Polis yakin suspek bergiat aktif menjual MC sejak 2007. Polis juga menahan isteri suspek yg merupakan seorang pembantu tadbir.