BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, March 6, 2010

KUIH KOCI PART 2



Seperti yang diceritakan dalam post yang lepas, hari nie saya dapat la buat kuih koci...1st time buat nih..hehehe...alhamdulillah jadi walaupun x sehebat nak beli kat kedai...so sy pun suruhkan mr husband makan sbb sblm buat dia dh request 5 ketul...dah ada pelanggan tetap nih...hihii....yang lebih bawa g umah wan, makan ramai2 kat sana...xbrani nak buat byk sgt takut xjadi..ekekeke...amacam syg, sedap x?komen2....mmmmm nak tunjuk skali lagi la gambarnya...hihihi...



Thursday, March 4, 2010

‘Contest ker lucky draw?’

sejak 2 menjak nie jadi addict lak nak sertai contest for blogger...selain nak dapat hadiah2 yang semestinya mmg menarik minat, just to past time...mana tau kot2 ada rezeki nak menang :) nie ada satu lagi peraduan dr Qistina's Collections...just follow them k....

**********************************************************

Salam ladies and gents,

Whatever you call it, or no matter how you look at it, we’re giving away free stuff ;) Ini percubaan pertama Qistina’s Collections untuk menjayakan concept nih. Nak join? Macam nih cara nya:

1. Follow this blog
2. Suggest a friend to follow this blog, bila ur friend dh follow bagitahu kami melalui email/sms
3. Answer the following questions, sejujur mungkin ;)
  1. Namakan 3 jenis fabric yang akan anda cari untuk buat baju kurung pada hari raya ini
  2. Jenis pakaian tradisional yang akan anda gayakan di hari raya tahun ini (kurung johor, kurung pahang atau kurung moden)?
  3. Size baju kurung/blouse/jubah yang anda pakai, sila beri dalam 2 size berikut:
i. XS – 3XL
ii. 38 - 60

4. Daerah dan negeri tempat tinggal anda. (Untuk peserta dari luar negara, kami hanya membuka contest nih kepada regular customer sahaja, k ;))
5. Email jawapan anda kepada kami, subject mesti tulis ‘Contest ker lucky draw?’ Sertakan juga, nama penuh & no handphone k.
Alamak senangnya :). Tarikh tutup penyertaan 1st April 2010.
Kami akan memilih pemenang melalui cabutan bertuah. Hadiah yang kami tawarkan:
Hadiah extra special:
Peserta pertama yang mengemail kami & menepati syarat2 yang ditetapkan layak memenangi:
  1. 1 x Kebaya Jawa (set baju pasang + selendang), harga pasaran RM 100++
  2. 2 x Brooch batu Austria berjuntai
Tempat pertama:
  1. 1 x Telekung Wadimor dari Indonesia, harga pasaran RM 200++. Boleh pakai nak g terawikh nanti k, dan sangat exclusive nak buat hantaran pun boleh ;)
  2. 1 x Brooch batu Austria berjuntai
Tempat kedua:
  1. 1 x Kebaya Jawa (set baju pasang + selendang), harga pasaran RM 100++
  2. 1 x Brooch batu Austria berjuntai
Tempat ketiga:
  1. 1 x beg dompet Chanel gold-colour (non-authentic)
  2. 1 x Brooch batu Austria berjuntai
5 hadiah saguhati:
  1. 1 x beg dompet Chanel black-colour (non-authentic)
  2. 1 x beg dompet LV black-colour (non-authentic)
  3. 1 x beg dompet LV maroon-colour (non-authentic)
  4. 1 x beg dompet D&G gold-colour (non-authentic)
  5. 1 x beg dompet Chanel brown-colour (non-authentic)

best kan hadiah dia....apa lg...jom kita sertai ramai2...

do visit http://www.qistina-collections.blogspot.com/

Sunday, February 28, 2010

KUIH KOCI PART 1


Sebenarnya kuih koci nie adalah request daripada my hubby...rasanya sejak kawin dia suh buat kuih koci nie...tp x buat2...hehehe...bukan apa...setakat 2 org nak makan nie rasa x berbaloi nak buat...lepas nie kalau buat leh la antar skit kat wan opah...buku resepi dh beli tp hilang mana ntah...insyaAllah hujung minggu nie ayang buat sayang yer...i promise...nie bahan2...saja nak salin kat blog nie...nnt nak buat just refer kat sini jer...


Membuat adunan tepung:

Campurkan tepung pulut bersama garam. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau.

Masukkan air secukupnya. Gaul adunan membentuk doh.

Ambil sedikit doh dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan dengan kemas.

Di atas daun pisang, sapukan minyak kepada kuih dan bungkus kemas.

Kukus antara 15 hingga 20 minit atau hingga kuih masak.

Membuat intinya.

Panaskan periuk. Masukkan sedikit air dan gula merah, kacau hingga cair.

Masukkan daun pandan dan biar mereneh.

Masukkan kelapa parut dan garam. Gaul sebati dan biar hingga kuahnya kering.

Tutup api dan biarkan sejuk.



Saturday, February 27, 2010

"KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST"

Contest ini amat menarik dan mencabar. Banyak ilmu yang boleh anda pelajari melalui cabaran-cabaran nanti. Pemenang ditentukan berdasarkan JUMLAH MATA yang dikumpul sepanjang pertandingan berlangsung.

Terdapat 3 cara untuk mendapatkan mata:

1. Soalan Wajib
Peserta wajib untuk menjawab soalan di kategori ini. Soalan akan dikeluarkan setiap hari pada link www.fcucommunity.net sepanjang contest ini berlangsung.

2. Soalan Bonus
Peserta mempunyai pilihan samada untuk menjawab soalan di kategori ini ataupun tidak.
Peserta yang menjawab soalan di kategori ini akan mendapat mata bonus.

3. Tugasan Bonus
Peserta akan mendapat mata bonus jika membuat tugasan yang diberikan oleh penaja.


Soalan dan Tugasan akan mula dikeluarkan pada 1 MAC 2010 sehingga 20 MAC 2010.
Buat masa sekarang, anda boleh mendaftar dahulu.

Untuk keterangan lanjut jom layari http://www.fcucommunity.net


FAMILY GATHERING

the organizer- abah n mama

the mami jarum - mama n mummy...hihi...

tok wan tengah mencedok kari kepala ikan-his favourite

nyum2....
all of us
clean n clear
tok wan, opah, me n adik wani
adik n me

posing berdua tetap x leh miss...ekeke...


Last nite 26 February 2010, abah n mama organized a lovely family gathering...dinner kat Pan Mutiara, Penang...special menu kari kepala ikan..ada juga stong goreng tepung, telur bungkus, kailan belacan, kerabu pelam, udang besar masak sambal, 3 rasa siakap, air asam boi n buah-buahan...majlis nie adalah untuk adik haizzan sebab akan menyambung pelajaran peringkat master di usm bulan julai nie n untuk adik farid yg akan mula bekerja di brunei mac ini...tahniah dan semoga kedua adikku ini dapat menempuh hari-hari yang mendatang dengan penuh iltizam...ada juga surprise bila dikeluarkan besday cake untuk tokwan n farid...malam semalam alhamdulillah semua dapat menghadirkan diri kecuali nurul yg ada kelas n mat alip yg sedang belayar...semoga majlis ini mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam keluarga kita...insyaAllah...

Wednesday, February 24, 2010

KUNCI PAGAR!!!

MasyaAllah..ngeri sungguh dengar...takut pun ada...minta disimpangkan malapetaka ini...nauzubillah...selalunya aku pun x kunci gate pas husband g ngajar belah pagi...just locked mcm tu jer...tp sejak hari nie dah lock pagar ngan mangga...kena beringat...dah la dok sorg2 pagi2...takut lak bila terbaca cerita nie..thanks 2 kak amal peringatkan....




Sunday, February 21, 2010

UPDATED MY BLOG :)

diam x diam dah 7 jam punya berteleku nak update blog aku nie...sejak column dia lari since last november, dh jadi xada mood sgt nak update...geram asal la leh jadi mcm nie...nie sure time gatal tangan la nak ubahkan coding...konon2 nak try n error...skali mmg error betul2...baru padan muka aku..huhu..last2 ngadap laptop nie buat template baru...amacam ok x?hehehe...berpinar gak la mata nie sementara nak search kat internet...time buat nie dalam bilik..my beloved husband dah krooohhh krooohhh dah...ntah apa mimpi dia malam nie...jeles tul tgk dia tdo...hihihi...ok la...time 2 sleep...it.s 5 am...arghhhh ngantuknya....

Sunday, January 24, 2010

BUSY BETUL...

fuh...baru berkesempatan nak update blog..huhuhu....xsempat laaa....bz betul...huhuhu...sejak buka sekolah nie mmg x berkesempatan nak online...nak serasikan diri dengan waktu seharian yang sudah berubah...almaklum laa...tahun nie ngajar belah petang...jd sementara nak menyesuaikan diri...amik masa gak la...huhuu...ngajar petang nie mmg ada pro n kontra...aku sendiri pun mmg tension betul sementara nak buka sekolah bila tahu kena ajar ptg...sejak posting xpenah ngajar ptg...bgn pagi je terus g sekolah...tp bila dh lalui, seronok lak...skang nie aku berkesempatan nak buat sarapan kat suami... sblm2 nie bila ngajar pagi...buat air je...itu pun kelam-kabut...heheh...tghari pun sempat masak... pagi2 dh x rushing nak kuar umah...tghari g sekolah...rasa jap je ngajar ptg...dh nak balik...alhamdulillah... bila dh 3 minggu lalui semua nie...xada masalah...harapnya semua akan ok...tahun 2010 nie...aku ngajar di sekolah baru...SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar...kena ajar ictl, kh, pjk n pendidikan seni...alhamdulillah setakat nie x ada masalah terutamanya subjek KH...bkn apa...ngan ada kerja khusus...risau gak...nasib ada cikgu2 senior yg sporting yang ngajar aku...klu x risau gak la...thanks to all....harapnya semua akan berjalan dengan lancar di sekolah baru...sementara nak menyesuaikan diri di sekolah baru :)

Thursday, January 7, 2010

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK AYAHANDA TERSAYANG




selamat hari lahir yang ke-59 untuk ayahanda tersayang, Haji Yahaya Bin Haji Mahmud...semoga abah sentiasa dirahmati Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia di samping keluarga tersayang...sempena besday abah, kami sekeluarga g celebrate kat restoren pen mutiara...really enjoy that night..siap ada dj nyanyikan lagu hepi besday kat abah..heheh...sebenarnya adik yang g request...WE LOVE U SO MUCH ABAH.....

Friday, January 1, 2010

SALAM TAHUN BARU 2010

Alhamdulillah...dengan hadirnya tahun baru nie membuatkan aku bersyukur dalam menempuh hari2 mendatang...azam?tentulah yang pertama sekali nak ada baby...nie azam thn2 lepas yang masih belum tercapai..aku juga mahu menjadi isteri yang terbaik utk suamiku yang tercinta, menjadi anak yang menggembirakan hati abah mama tersayang, menjadi guru yang cemerlang dalam mendidik anak2 murid, memperteguhkan karier sebagai seorg guru, memperbanyakkan ibadat terhadapNya...semoga apa yang diimpikan pada tahun baru nie akan menjadi kenyataan hendaknya...amin dan insyaAllah..