BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, August 19, 2010

Kembalinya Angah Ke Rahmatullah..

Isnin lepas 16 Ogos 2010 bersamaan 6 Ramadhan 1431H, jam 5.50 petang, angah telah kembali ke rahmatullah.... angah adalah pakcikku yang paling rapat denganku... kehilangannya mmg dirasai.. kala menulis post ini, airmata turut mengalir...angah pergi dengan tenang.. menderita sakit kanser hati... terlalu cepat masa berlalu... angah pergi selepas 2 bulan kami sekeluarga tahu angah menghidap sakit ini... dugaan buat kami sekeluarga di bulan ramadhan pada tahun ini... moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh... moga mummy, farid, jaja, kakak, adik dan kita sekeluarga tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang... Al-fatihah...

gambar arwah dengan mummy n atif... gambar terakhir yang diambil dari kameraku... masa nie angah dah x sihat...

banner dr web ppd kerian

kini tiada lg orang yg menegur aku salah parking
tiada lagi geng abah utk lawan mkn lawan dengkur
tiada lg org yg akan kopek kulit kerang kulit udang kt adik wani
tiada lg org yg akan sembang hal pendidikan ngan abg
tiada lg suara yg akan memerli aku bila mkn ikan keli santan opah dgn byk
tiada lg semuanya
moga kenangan ini kekal abadi
al-fatihah
bersua kita d sana nnt.....

Jika Isterimu Menangis...


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Friday, August 13, 2010

KARNIVAL RAMADHAN

Thursday, August 5, 2010

NASIK KANDAQ BEST KAT PENANG

Senarai Kedai Nasi Kandar Best

Pagi
1. Jelutong (kedai cina bertentangan balai Polis - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak)
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)

Tengahari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)

Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)

Restoran Deen 24jam (Jln Jelutong sebelah &-Eleven - yg ni sedap & terkenal di kalangan Penangites)

P/s: source daripada forum cari.com

nie Nasi Kandaq Beratur...start mmg pukul 10 mlm.....byk kali dh mai mkn kat sini...punya la panjang queue....beratur dekat 1 jam...mkn 10 minit jaaaa.....huhuhu....

Monday, July 26, 2010

TUDUNG RAYA


mmmmm tudung raya dh siap.... yae! yae! tp posa lum lg!!!! oooopppssss!! mcmana tu?hihi...early preparation... x la nnt last minute budget lari... nak byr kuih raya lg, beli barang baju kat family lg, duit raya lg.... cantik x tudung nie?? hehehe... xsabo lak nak pakai... tudung nie beli dr krin's world... dh 3 helai amik kat sini... suka ngan hasil jahitannya... cantik... thanks shidah....

Wednesday, July 21, 2010

Kenapa Cincin Nikah Di Sarungkan Ke Jari Manis?

Ikutkan langkah yang dituliskan dibawah ini.

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam(rujuk gambar di atas)

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.

3. Cube buka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibukakan??ini kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

5. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

6. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan rasa pelik dan heran kerana jari tersebut tak boleh dibuka. sebab jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.tapi boleh buka..tapi tak la seluas bukaan yang lain... Cinta suami isteri kekal abadi. insyaAllah..

p/s:- sumber dari blog seorang sahabat ....

Monday, July 19, 2010

Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu

JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu.

Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat. Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata mereka terharu dan bersyukur dengan anugerah Allah itu kerana sudah lama berusaha untuk mendapat cahaya mata, lebih manis lagi dikurniakan empat bayi sekali gus.

Katanya, mereka terkejut dikurniakan kembar empat kerana doktor yang melakukan pemeriksaan peringkat awal kehamilan Norhayu memaklumkan kembar tiga.

Beliau berkata, mereka membuat persiapan untuk menyambut kembar tiga.

“Semua bayi tidak cukup bulan dan ditahan sementara di HPP dengan dua daripada mereka dibenar pulang pada 28 Jun lalu, manakala dua lagi pada 1 Julai lalu.

“Kami bersyukur kerana semua bayi sihat dan kini tidak menang tangan melayan kerenah mereka, terutama ketika menangis. Namun, ia amat menyeronokkan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga,” katanya di sini, semalam.
Mohd Rizal, juruteknik kilang plastik di Pulau Pinang berkata, kembar empat itu seiras dan diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (satu kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).

Sementara itu, Norhayu yang juga suri rumah berkata, mereka puas berusaha untuk mendapatkan zuriat termasuk menggunakan rawatan moden dan tradisional, selain banyak berdoa.

“Peringkat awal hamil saya amat risaukan keadaan kandungan kerana mengalami alahan serius, termasuk kerap muntah,” katanya.

“Namun, saya bersyukur kerana keempat-empat bayi selamat dilahirkan dan sihat, katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan,” katanya.

p/s : Allah Maha Besar...

Wednesday, July 7, 2010

LOVELY PRESENT FROM LOVELY FRIEND




hari nie aku terima bungkusan pos laju daripada terengganu...bila buka ada tudung warna ijau lumut bermanik....thanks 2 kak ida yang sudi beri hadiah nie...buat susah2 jer...terharu n gembira sgt...x sabo nak pakai...huhuhu...mmg cantik n kemas jahitannya...

p/s: sesiapa nak tempah tudung2 bermanik leh layari www.krinsworld.blogspot.com ....mcm2 design ada....

Monday, June 28, 2010

A VISIT FROM A FRIEND

hari sabtu lepas 26/06/2010, my best fren masa study kat UPSI datang ke umah....kak ida, abg anip n fia...kak ida n fia tdo umah aku...abg anip lak g mancing kat bedong, kedah....kak ida sampai pun dh petang...almaklum la pg2 lg ada LADAP kat sekolah masing2...mlmnya aku, kak ida n fia g ronda2 kat jusco perda.. mkn nandos (remind me to our memory... suka gila mkn nandos masa study dulu...sanggup tu dr tg malim ke kl semata2 nk mkn nandos...hahaha....) pastu shopping skit...kak ida je la...heheh...aku x pun...xtahu nk beli apa...my hubby x ikut...dia bg chance kat isteri dia kuar ngan kawan...heheh...thanks syg...lgpun syg penat kan br balik dr ipoh...esoknya ahad sempat bawa kak ida n fia g round2 parit buntar....sempat beli baju sama design kat billion....dulu2 kita slalu beli baju sama design, sama kaler, sama pattern kak kan...klu x kita xmenang la "couple seiras" masa dinner hostel dulu..heheh....tp lupa amik gambar daaaa....huhuh....datang lg umah yer...seronok dpt bual2...tingat zaman kita muda2 dulu...hahaha...opsss skang xtua lg tau :p

Tuesday, June 22, 2010

KRUjaan

sedang dok tgk youtube, terjupe klip video KRU...zaman sekolah dulu minat gila ngan diaorg ni...jom kita layan jap lagu2 lama KRU...mmg best...



CHERRINA



MENGERTI



NEGATIF