BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 20, 2010

Tips Kemesraan suami isteri dpd Rasulullah S.A.W

Tips kemesraan suami isteri oleh Nabi junjungan S.A.W. Sambil bermesra sambil mengumpul pahala amalan sunnah.

  • Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dan ‘Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan ‘Aisyah r.a, tiba-tiba ‘Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawabnya, ‘Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Rasulullah berkata, ‘Kalau begitu, pergilah ambil kain dan dekatlah kembali kepadaku.’ Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau” (Hadith Riwayat Sa’id bin Manshur)


  • Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra
Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)


  • Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah S.A.W di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Bila darahku menitis ke atas tikar itu, beliau mencuci bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda solat di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Bila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci di bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun solat di atas tiakr itu.” (Hadith Riwayat Nasa’i)


  • Segera menemui isteri jika tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan….Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)


  • Tidur di pangkuan isteri
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Nabi S.A.W biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)


  • Memanggil isteri dengan kata-kata mesra
Rasulullah S.A.W biasa memanggil ‘Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti ‘Aisy dan Humaira (pipi merah delima).


  • Meminta isteri meminyaki badan
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah S.A.W pada Hari Raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jumrah ‘aqabah.” (Hadith Riwayat Ibnu ‘Asakir)


  • Membelai isteri
“Adalah Rasulullah S.A.W tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya.” (Hadith Riwayat Ahmad)


  • Mencium isteri
Dari ‘Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau solat dan tidak mengulangi wudhu’nya.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq). Dari Hafsah, puteri ‘Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya sekalipun sedang puasa.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Tuesday, May 18, 2010

Had murid antara 40 cadangan atasi beban guru

KUALA LUMPUR: Mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah adalah antara 40 cadangan mengatasi beban tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan.

Ia berdasarkan kajian ilmiah yang pernah dilaksanakan dengan mengambil kira model sekolah di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang menunjukkan 25 pelajar bagi setiap kelas adalah jumlah yang ideal untuk membolehkan guru memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Menurut sumber, ia adalah antara 40 cadangan yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Ketika ini, kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar, mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada yang melebihi 40 murid, menyebabkan guru menanggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid yang berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan.

“Berdasarkan cadangan itu, kerajaan perlu memikirkan langkah mengatasi masalah kepadatan bilik darjah supaya mencapai jumlah ideal 25 pelajar, termasuk menambah bilangan kelas di sekolah. Jika dilaksanakan, kementerian juga perlu menambah guru.

“Bagaimanapun secara prinsip, persetujuan sudah dicapai dalam jawatankuasa itu supaya setiap cadangan disokong dengan fakta saintifik yang bernas bersama anggaran kos supaya dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan,” katanya semalam.
Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru.

Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.

Sumber itu berkata, 40 cadangan yang disenaraikan selepas beberapa siri mesyuarat adalah hasil penelitian mendalam dan semakan semula terhadap beberapa kajian utama yang pernah dijalankan mengenai beban tugas guru sebelum ini, termasuk Laporan Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada 1997.

Selain itu, beliau berkata, sebahagian daripada saranan dicadangkan oleh pertubuhan perguruan yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan, di samping pemantauan dan hasil soal selidik dengan guru peringkat akar umbi.

Katanya, satu lagi cadangan ialah kementerian mematuhi pekelilingnya dengan memastikan ada guru ganti bagi mengisi kekosongan untuk guru cuti bersalin atau berkursus bagi tempoh lama dan bukan dibebankan kepada guru lain.

Cadangan lain ialah pengagihan tugas yang sama rata kepada semua guru di sekolah dan bukan hanya kepada kumpulan tertentu semata-mata berdasarkan ‘siapa boleh buat kerja.’

Jawatankuasa berkenaan juga mencadangkan supaya kementerian menambah dua lagi kerani di sekolah yang murid melebihi 500 orang dan pentadbiran sekolah diberi kebebasan menentukan pembabitan dalam program anjuran pihak luar tanpa dikenakan sebarang tindakan.

“Ketika ini, sekolah terpaksa akur jika ada arahan menyertai program anjuran pihak luar, walaupun kadang kala ia diadakan secara mengejut. Ini membebankan guru kerana pada masa sama mereka terpaksa menjalankan program lain yang sudah diatur terlebih dulu dalam takwim sekolah,” katanya.

p/s : kita tggu dan lihat....

Sunday, May 16, 2010


SELAMAT HARI GURU khas buat suamiku tersayang, cikgu hairulizzaudin supa'at, ahli keluarga yg berkhidmat sebagai guru, guru-guru yang telah mengajarku sehinggan menjadi seorang guru, miss srk batu lanchang, smk abdullah munshi, smk tengku menteri, teman2 seperjuangan upsi, guru-guru seangkatan dia smk pengkalan aur, smk methodist, smk abdullah munshi, smk panglima bukit gantang, juga buat semua guru di malaysia... semoga kita tabah dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa kita pada masa ini....

Thursday, May 13, 2010

Kajian beban guru siap dalam seminggu

PUTRAJAYA 12 Mei – Laporan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban guru di seluruh negara akan siap dan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa seminggu lagi.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penyerahan laporan tersebut dapat dilakukan setelah proses pengumpulan maklumat dan perbincangan mengenai kajian beban guru kini di peringkat akhir.

Menurutnya, kementerian sebelum ini memberikan tempoh selama dua bulan dari April hingga akhir Mei ini untuk membincangkan tentang bebanan tugas guru.

“Petang ini juga saya mengadakan mesyuarat terakhir dengan ahli jawatankuasa untuk membincangkan laporan bebanan tugas guru.

“Apabila semua maklumat telah dikumpulkan kita akan menyerahkan laporan tersebut kepada Menteri Pelajaran dengan segera dan beliau akan mengumumkan perkara yang dicadangkan dalam laporan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini selepas memberi taklimat mengenai Sambutan Hari Guru 2010 yang akan berlangsung di Pahang, Ahad ini.

Laporan jawatankuasa khas itu dibuat selepas kementerian mendapati aduan tersebut berasas kerana terdapat guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan untuk mengajar.

Alimuddin berkata, jawatankuasa khas itu bernasib baik kerana hampir dapat menyiapkan laporan tersebut pada waktu yang ditetapkan disebabkan terdapat laporan-laporan lepas untuk dijadikan rujukan.

Selain itu, beliau berkata, jawatankuasa khas itu juga mengambil pendekatan mengadakan makmal perbincangan dengan menjemput para guru, pengetua dan pegawai pendidikan daerah memberi pandangan.



Sunday, May 2, 2010

PURSE N SLING BAG



td jalan2 sempatlah membeli new purse n new sling bag....purse tu bagi menggantikan purse lama saya yang dah koyak...sayang mmg sayang purse lama tu sbb ianya hadiah dr my husband...tp koyak dah teruk sgt, so ganti la ngan yg baru....sling bag lak mmg dh lama tingin...senang bila nk g beli barang2....xyah nk bawa handbag...mana lagi nk pegang barang...nk pegang handbag...siap haribulan leh tertinggal handbang tu....huuhuhuh....let's have a look me with my sling bag...ekekek....


Saturday, May 1, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA

buat semua pekerja macam saya nie....diucapkan SELAMAT HARI PEKERJA....seronok x berkerja? bagi saya seronok sbb ujung bulan dapat gaji....hehehe...tp bekerja perkerjaan sabagai seorang guru mcm saya memerlukan komitmen yang amat tinggi...tanggungjawab yang perlu dilunaskan memerlukan pengorbanan....kejayaan tertinggi bagi seorang guru bukannya APC, bukannya gaji dan elaun yang tinggi tp kejayaan peribadi anak muridnya dalam peperiksaan...bekerjalah dengan sepenuh hati....semoga apa yang kita perolehi akan diberkati olehNYA....


NEW GADGET





yea yea...this is my gadget...now lappy...bought on 11042010...br nak upload pas 3 mggu beli...huhuh...alhamdulillah...setelah kumpul punya kumpul ongkosnya....dpt la membeli laptop nie....amik brand toshiba...my hubby cakap for laptop the best is toshiba...harganya?mmmmm so so jugak ler...mulanya nak beli notebook tp xpuas lak sbb kecik....nk kena scroll bayk2 kali....klu gambar lak x penuh skrin....sbenarnya ada laptop yg lagi satu...acer...beli tahun 2004...present from abah n mama masa study....still ok cuma quite slow...dh byk kali format...masa tu harga x macam sekarang yang lebih jauh murahnya...agaknya dulu penggunaan desktop lebih menyerlah...skali nk cuti sem start la pening kepala....sbb nak angkut cpu, monitor....beratnya tu leh tahan gak laaaa....masa kat umah sewa kg pinang....berderet susun pc mcm kat cc....hahaha...skang pelajar2 ipt dh x susah mcm kami dulu....mostly bawa laptop jer.....i love my lappy....ekekek....