BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 22, 2009

AHLI BARU



semalam 21 ogos 2009 bersamaan 30 syaaban, sepupuku farid+jaja menimang cahayamata yang pertama..baby boy..berat 3.2kg..alhamdulillah jaja bersalin normal di ppum..welcome to the world atif...moga jadi anak yang soleh hendaknya..insyaAllah..


SALAM RAMADHAN

alhamdulillah...sehari berlalu kita berpuasa..hari nie puasa x la letih sgt...sbb cuti...sempatla masak ala kadar..just berbuka berdua ngan suami kesayanganku..aku masak simple jer...masak lemak kubis, sambal tumis udang, ayam goreng, air cincau n kurma..di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat memunaikan ibadat puasa kepada seluruh kaum keluarga, sahabat handai, anak2 didikku dan semua muslimin dan muslimat..moga kita dapat lipat gandakan amalan kita di bulan yang mulia ini...

Saturday, August 8, 2009

Saturday...

salam to all...mmg dh lama betul x update blog nie...bkn tiada masa...tp entah laaa...mgkn xada cerita yang menarik utk dikongsi bersama...menjadikan diri ini tidak mengambil peduli tentang kewujudan blog ini...huhhu...today 08082009...nice date...sekejapnya masa berlalu...masa2 awal tahun..dalam hati kata...lambatnya nak ujung tahun...tp pejam celik pejam celik dah bln ogos dah...xrasa pun...banyak perkara yang belum aku capai utk tahun nie...rezeki utk dapatkan anak masih membelenggu diri ini...kadang2 rasa betul2 kerdil di mata semua..adakah kerana ada kesalahan yang aku lakukan sehingga doa aku utk satu ini masih belum termakbul?? nauzubillah...aku harus tenang menghadapi masa2 akan datang...aku bersyukur kerana dikurniakan seorg suami yang betul2 memahami keadaan sekarang ini..cuma kadang mmg terasa dengan kekurangan diri kami ini...aku sering menbincangkan perkara ini dengan suami...mungkin belum tiba masanya lagi untuk kami...Allah lebih mengetahui apa yang telah ditentukan dan sebgai hambaNya yang lemah kita hanya mampu meminta daripadaNya...ini msg dari suamiku...aku xpenah delete dari inbox hp aku...juga mcm kata abahku...life must go on...abah kata you should enjoy yourself hidup berdua nie....Tuhan memberikan masa yang lama untuk bersama2 suami...mengenali dan mengenali dari hari ke hari...Ya Allah berikan aku kekuatan dan kurniakanlah aku aku zuriat aku dan suamiku...Amin...

Thursday, July 9, 2009

SUPERMAN - LUCKY LAKI

Aku bukanlah Superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku....

I really love song...hihiihi.....first time dengar lagu nie masa g umah abg wan last week... bila anak2 buahku asyik nyanyi lagu nie jer...afiq n amir....punya la kuat...diaorg citer bibiknya yg ajarkan...rupa2nya lagu nie anak2 ahmad dhani dewa yg nyanyi...bila berputar kat radio...br aku realize...memang best....skang aku pun asyik dok nyanyi lagu nie jer...heheheh....

Monday, June 22, 2009

Happy Father's Day

Happy Father's Day khas bt ayahanda tercinta, Haji Yahaya Bin Haji Mahmud...t...terima kasih dia atas segala-galanya...Moga dikurniakan kesihatan yang baik...Pengorbananmu amat bermakna buat diriku ini...

Wednesday, June 17, 2009

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

Sunday, May 31, 2009

Cuti Time!!

Leganya rasa dapat cuti 2 minggu nie..tp banyak keje yang nak disetelkan..huhuhu..kertas peksa x siap lg marking...markah x key in lg...fail panitia x update lg..wawawa...tolong!! banyaknya keje yg terbengkalai..harapnya dapat disiapkan semuanya..cuti nie aku dok umah mama je kat penang memandangkan husband aku ada kelas..dan x plan pun nak g bercuti di mana2...harapnya cuti nie dapat merehatkan minda buat seketika...selamat bercuti..

Saturday, May 30, 2009

Kembalinya ABAH ke rahmatullah

27 Mei 2009 bersamaan 2 Jamadilakhir 1430, Rabu, pukul 1140 pagi, abah mertua telah kembali ke rahmatullah...arwah meninggal di ICU, Hospital Kuala Lumpur..sebenarnya arwah menghidap kanser..walaupun hanya 2 thn setengah menjadi menantu arwah, dan hampir 4 tahun mengenali arwah, banyak kenangan manis bersama arwah..semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..arwah dikebumikan di kampung halaman di muar, johor pada hari yang sama..al-fatihah..


Di rumah Abg Wan


Ketika melawat keluarga di Singapore


Gambar diambil pada Majlis Perkahwinan aku di Muar - 2007

Tuesday, May 19, 2009

Kawaq Nak Masuk Umah

semalam aku mengalami situasi yang agak menakutkan..pencuri nak masuk umah..wawawa...kejadian berlaku antara kul 6.20 pagi ke 7 pagi..time aku n husband kuar g ngajar..sempat lagi tu nak buat projek...nasib baik jiran sebelah umah yang perasan..dia nampak ada org dok intai2 dr luar umah..dia terus jerkah kat 'orang' tu...jiran aku kata dia nampak ada keta camry dpn umah aku pagi tu...ntah2 keta curi..wallahualam..skang nie dok dlm umah pun rasa debar jer..start smlm lampu kat luar umah tiga3 pasang...slalu pasang satu jer..biar terang-benderang umah..harapnya semuanya dalam keadaan selamat la pas nie...amin...

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

16 Mei setiap tahun mmg ditunggu2...cptnya masa berlalu setiap tahun...aku bangga menjadi seorg guru..selamat hari guru kuucapkan bt suami tercinta, Cikgu Hairulizzaudin Bin Supa'at, bekas2 guru yang telah mengajarku mengenal erti hidup di SRK Batu Lanchang, SMK Abdullah Munshi dan SMK Tengku Menteri, rakan-rakan seperjuangan di UPSI, rakan-rakan di SMK Pengkalan Aur, SMK Methodist Parit Buntar, sekolah tempat aku mengajar skang SMK Abdullah Munshi (i'm back to school) dan semua guru di Malaysia..semoga segala curah keringat kita ini diberkati olehNya..Guru yang baik memberi didikan, guru yang beriman memberikan ketenangan, guru yang cemerlang melahirkan insan terbilang, guru yang hebat memberi ilmu yang berkat.........