BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, May 13, 2010

Kajian beban guru siap dalam seminggu

PUTRAJAYA 12 Mei – Laporan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban guru di seluruh negara akan siap dan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa seminggu lagi.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penyerahan laporan tersebut dapat dilakukan setelah proses pengumpulan maklumat dan perbincangan mengenai kajian beban guru kini di peringkat akhir.

Menurutnya, kementerian sebelum ini memberikan tempoh selama dua bulan dari April hingga akhir Mei ini untuk membincangkan tentang bebanan tugas guru.

“Petang ini juga saya mengadakan mesyuarat terakhir dengan ahli jawatankuasa untuk membincangkan laporan bebanan tugas guru.

“Apabila semua maklumat telah dikumpulkan kita akan menyerahkan laporan tersebut kepada Menteri Pelajaran dengan segera dan beliau akan mengumumkan perkara yang dicadangkan dalam laporan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini selepas memberi taklimat mengenai Sambutan Hari Guru 2010 yang akan berlangsung di Pahang, Ahad ini.

Laporan jawatankuasa khas itu dibuat selepas kementerian mendapati aduan tersebut berasas kerana terdapat guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan untuk mengajar.

Alimuddin berkata, jawatankuasa khas itu bernasib baik kerana hampir dapat menyiapkan laporan tersebut pada waktu yang ditetapkan disebabkan terdapat laporan-laporan lepas untuk dijadikan rujukan.

Selain itu, beliau berkata, jawatankuasa khas itu juga mengambil pendekatan mengadakan makmal perbincangan dengan menjemput para guru, pengetua dan pegawai pendidikan daerah memberi pandangan.



Sunday, May 2, 2010

PURSE N SLING BAG



td jalan2 sempatlah membeli new purse n new sling bag....purse tu bagi menggantikan purse lama saya yang dah koyak...sayang mmg sayang purse lama tu sbb ianya hadiah dr my husband...tp koyak dah teruk sgt, so ganti la ngan yg baru....sling bag lak mmg dh lama tingin...senang bila nk g beli barang2....xyah nk bawa handbag...mana lagi nk pegang barang...nk pegang handbag...siap haribulan leh tertinggal handbang tu....huuhuhuh....let's have a look me with my sling bag...ekekek....


Saturday, May 1, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA

buat semua pekerja macam saya nie....diucapkan SELAMAT HARI PEKERJA....seronok x berkerja? bagi saya seronok sbb ujung bulan dapat gaji....hehehe...tp bekerja perkerjaan sabagai seorang guru mcm saya memerlukan komitmen yang amat tinggi...tanggungjawab yang perlu dilunaskan memerlukan pengorbanan....kejayaan tertinggi bagi seorang guru bukannya APC, bukannya gaji dan elaun yang tinggi tp kejayaan peribadi anak muridnya dalam peperiksaan...bekerjalah dengan sepenuh hati....semoga apa yang kita perolehi akan diberkati olehNYA....


NEW GADGET





yea yea...this is my gadget...now lappy...bought on 11042010...br nak upload pas 3 mggu beli...huhuh...alhamdulillah...setelah kumpul punya kumpul ongkosnya....dpt la membeli laptop nie....amik brand toshiba...my hubby cakap for laptop the best is toshiba...harganya?mmmmm so so jugak ler...mulanya nak beli notebook tp xpuas lak sbb kecik....nk kena scroll bayk2 kali....klu gambar lak x penuh skrin....sbenarnya ada laptop yg lagi satu...acer...beli tahun 2004...present from abah n mama masa study....still ok cuma quite slow...dh byk kali format...masa tu harga x macam sekarang yang lebih jauh murahnya...agaknya dulu penggunaan desktop lebih menyerlah...skali nk cuti sem start la pening kepala....sbb nak angkut cpu, monitor....beratnya tu leh tahan gak laaaa....masa kat umah sewa kg pinang....berderet susun pc mcm kat cc....hahaha...skang pelajar2 ipt dh x susah mcm kami dulu....mostly bawa laptop jer.....i love my lappy....ekekek....

Saturday, April 24, 2010

Guru Kantoi Menipu Beli Sijil Sakit (mc)


Kredit kepada Harian Metro

KL : Seorang warga emas, bekas pesara tentera dikesan menjadi dalang utama menjual ribuan surat cuti sakit (MC) palsu kepada kakitangan kerajaan dengan kadar upah RM5 sehari. Warga emas tersebut turut memiliki cop rasmi hospital, sijil cuti palsu dan pelbagai perkakas sampingan untuk kegiatan berkenaan.

Kegiatan warga emas terbabit terbongkar selepas seorang pengetua sekolah menengah di Cheras membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi selepas curiga dengan MC yang diberikan seorang guru di sekolahnya. pengetua terbabit sebelum ini menghantar surat permohonan bagi mengesahkan MC terbabit kepada Hospital Kuala Lumpur untuk memastikan ketulenannya.

Pengetua berusia 53 tahun berkenaan menghantar 6 keping MC yg diberikan seorang guru perempuan sekolahnya yg berusia 29 tahun selepas mendakwa tidak dapat hadir bertugas akibat sakit. misteri terbongkar bila hospital mengesahkan semua MC terbabit adalah palsu. pengetua tersebut yg mengesyaki guru berkenaan telah melakukan penipuan dengan mengemukakan MC palsu membuat laporan polis.

Susulan aduan, polis menahan guru wanita berkenaan & dia mendakwa mendapat MC tersebut dengan bantuan suaminya. suami guru berkenaan mendakwa membeli MC tersebut dr org tengah dgn harga RM30. siasatan terhadap org tengah terbabit, MC itu diperolehi dr pesara tentera tersebut dengan harga RM5. hasil kegiatan, org tengah tersebut dapat keuntungan RM25 atas sekeping MC yg dijual terutama kpd kakitangan kerajaan.

Hasil pemeriksaan polis di kediaman pesara tentera di pangsapuri di Sentul menemui cop doktor HKL & peralatan lain. Polis yakin suspek bergiat aktif menjual MC sejak 2007. Polis juga menahan isteri suspek yg merupakan seorang pembantu tadbir.




Tuesday, March 16, 2010

CREAM CARAMEL DESSERTS

sekarang nie dessert nie dah jadi kegemaran saya...siap leh habis semangkuk sekali adab...hehehe....sedap sgt...tambah2 bila buat dengan fresh milk...jom tgk cara2nya...

Masukkan fresh milk ke dalam periuk..1000 ml sama jugak dgn sekotak susu segar...sy suka marigold sbb dia ada perisa vanila...lg menambah kesedapan...

Masukkan tepung kastard...


didihkan selama 2 minit atas api...kacau dengan perlahan supaya sebati...


tuangkan bahan-bahan tadi ke dalam cawan atau acuan...


masukkan sos karamel..


taaaaaddddaaaaa...dh siap...sejukkan hingga keras dalam sejam di dalam peti ais....sedia untuk dimakan...nyum2....

Friday, March 12, 2010

TAG FROM SEMALU PUTIH

NI TAG DARI KAK IDA- SEMALU PUTIH (MY ROOMATE MASA KAT UPSI)

3 name i go by:
1) Aida (friends n students)
2) Ayang (Hubby)
3) Dida (Abah n some friends)
mmmm nak tambah lagi laaa....
4) Girl (mama)
5) Ayong (adik n kolaan)

3 jobs i have had in my life:
1) Teacher
2) Cashier
3) Clerk

3 places i have lived:
1) Penang (my hometown)
2) Tanjung Malim (time study kat UPSI)
3) Parit Buntar (br je lg)

3 TV shots i cannot miss:
1) Berita Utama
2) AF (dh tua2 pun minat lg...ekeke)
3) The Biggest Loser

3 places i have been:
(nie paling aku suka)
1) Muar, Johor (mertua)
2) Sabah bahh.. (honeymoon time...best...)
3) Langkawi

3 places i want to go:
1) Makkah (insyAllah,as soon as possible)
2) Tempat ada salji - Korea ke? UK ker?
3) Bandung (org kata best shopping kat sana..heheh..)

3 of my fav foods:
1) Nasi ayam
2) Nasi kerabu
3) Pizza

3 things i'm looking forward too:
1) nak pregnant secepat mgkn (i have been waiting for almost 4 years..pray 4 me k)
2) good wife
3) good daughter

Pets that you have owned:
1) Cats

3 fav band/ singer:
1) Siti Nurhaliza
2) Faizal Tahir
3) Kru (tp zaman dulu2 jer-lagu2 tangkap jiwang)

3 fav teams to watch:
(Hmm tak minat mana2 team, kureng minat sports la-sama cam kak ida)
1- None
2- None
3- None

3 fav drinks:
1- Soya
2- Ice lemon tea
3- Milo Ais

Sunday, March 7, 2010

Hanya 2 Kopitiam ada sijil halal..

Masyarakat Islam yang gemar menjamu selera di kopitiam perlu lebih berhati-hati apabila dua kopitiam sahaja yang direkodkan memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Berdasarkan laman web halal Jakim, dua kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd. Menurut laman web berkenaan tempoh sah sijil Pak Hailam Kopitiam adalah sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.
Mengulas mengenai trend menjamu selera di kopitiam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihat umat Islam negara ini mengelakkan daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal Jakim. "Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.
Selain itu, Jamil Khir berkata, mereka yang keliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis tertentu juga boleh menghubungi Jakim untuk mendapatkan kepastian. "Logo halal Jakim sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, saya minta rakyat tidak terkeliru dengan pengeluaran logo halal daripada pihak lain. "Pengeluarannya juga telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan. "Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab. "Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab," katanya.




Saturday, March 6, 2010

KUIH KOCI PART 2



Seperti yang diceritakan dalam post yang lepas, hari nie saya dapat la buat kuih koci...1st time buat nih..hehehe...alhamdulillah jadi walaupun x sehebat nak beli kat kedai...so sy pun suruhkan mr husband makan sbb sblm buat dia dh request 5 ketul...dah ada pelanggan tetap nih...hihii....yang lebih bawa g umah wan, makan ramai2 kat sana...xbrani nak buat byk sgt takut xjadi..ekekeke...amacam syg, sedap x?komen2....mmmmm nak tunjuk skali lagi la gambarnya...hihihi...



Thursday, March 4, 2010

‘Contest ker lucky draw?’

sejak 2 menjak nie jadi addict lak nak sertai contest for blogger...selain nak dapat hadiah2 yang semestinya mmg menarik minat, just to past time...mana tau kot2 ada rezeki nak menang :) nie ada satu lagi peraduan dr Qistina's Collections...just follow them k....

**********************************************************

Salam ladies and gents,

Whatever you call it, or no matter how you look at it, we’re giving away free stuff ;) Ini percubaan pertama Qistina’s Collections untuk menjayakan concept nih. Nak join? Macam nih cara nya:

1. Follow this blog
2. Suggest a friend to follow this blog, bila ur friend dh follow bagitahu kami melalui email/sms
3. Answer the following questions, sejujur mungkin ;)
  1. Namakan 3 jenis fabric yang akan anda cari untuk buat baju kurung pada hari raya ini
  2. Jenis pakaian tradisional yang akan anda gayakan di hari raya tahun ini (kurung johor, kurung pahang atau kurung moden)?
  3. Size baju kurung/blouse/jubah yang anda pakai, sila beri dalam 2 size berikut:
i. XS – 3XL
ii. 38 - 60

4. Daerah dan negeri tempat tinggal anda. (Untuk peserta dari luar negara, kami hanya membuka contest nih kepada regular customer sahaja, k ;))
5. Email jawapan anda kepada kami, subject mesti tulis ‘Contest ker lucky draw?’ Sertakan juga, nama penuh & no handphone k.
Alamak senangnya :). Tarikh tutup penyertaan 1st April 2010.
Kami akan memilih pemenang melalui cabutan bertuah. Hadiah yang kami tawarkan:
Hadiah extra special:
Peserta pertama yang mengemail kami & menepati syarat2 yang ditetapkan layak memenangi:
  1. 1 x Kebaya Jawa (set baju pasang + selendang), harga pasaran RM 100++
  2. 2 x Brooch batu Austria berjuntai
Tempat pertama:
  1. 1 x Telekung Wadimor dari Indonesia, harga pasaran RM 200++. Boleh pakai nak g terawikh nanti k, dan sangat exclusive nak buat hantaran pun boleh ;)
  2. 1 x Brooch batu Austria berjuntai
Tempat kedua:
  1. 1 x Kebaya Jawa (set baju pasang + selendang), harga pasaran RM 100++
  2. 1 x Brooch batu Austria berjuntai
Tempat ketiga:
  1. 1 x beg dompet Chanel gold-colour (non-authentic)
  2. 1 x Brooch batu Austria berjuntai
5 hadiah saguhati:
  1. 1 x beg dompet Chanel black-colour (non-authentic)
  2. 1 x beg dompet LV black-colour (non-authentic)
  3. 1 x beg dompet LV maroon-colour (non-authentic)
  4. 1 x beg dompet D&G gold-colour (non-authentic)
  5. 1 x beg dompet Chanel brown-colour (non-authentic)

best kan hadiah dia....apa lg...jom kita sertai ramai2...

do visit http://www.qistina-collections.blogspot.com/