BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Salam Maal Hijrah untuk semua.
Semoga tahun baru ini memberikan sinar baru di dalam kehidupan kita.
Semoga hari ini lebih indah dari semalam.
Semoga ada semangat baru untuk meneruskan perjuangan ini.
Semoga ada kasih sayang dan cinta untuk diri ini.
Semoga dikuatkan iman menempuh hari-hari mendatang.
Semoga yang lepas dapat terus dilupakan.
Semoga apa yang diimpikan dan dihajati termakbul hendaknya.
Tahun baru, hidup baru, azam baru.
InsyaAllah.

Wednesday, December 16, 2009

KUAT KE SUARA AKU??

ahad lepas mama sembang ngan makcik amah..jiran blakang umah aku...dia tanya, "dida ada balik ker?dengar suara dia smp umah amah..."....muahahahah...skit punya jauh ke umah jiran aku tu...kuat sgt ke suara aku nie..ish ish ish...mushkil tul...tp mmg la...dah nama pun cikgu...kena la cakap kuat...karg apa yg terang xdgr lak..tambah2 bila time darah dah naik bila anak murid x buat keje sekolah ke, x bawa buku ke, bising ker..lg kuatla suara aku...apa pun alhamdulillah...ada gak suara nie....

Saturday, December 12, 2009

Janji Tinggal Janji

sedihnya rasa bila janji hanya tinggal janji...kalau rasa xleh nak buat, jangan berjanji...sbb org akan menanti2 jer...ntah laaa...sedih bebenar rasa...apa nak bt...aku hanya insan yang lemah... :((

Thursday, December 10, 2009

GURU JADI KERANI DI SEKOLAH????

SAYA merujuk maklum balas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Md. Dom terhadap tulisan saya di Forum Utusan Malaysia yang bertajuk Erti Sebenar Guru Cemerlang.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana barangkali saya tidak menulis secara jelas tentang apa yang saya maksudkan dengan beban kerja perkeranian dalam tulisan itu. Biar saya jelaskan lebih lanjut tentang ‘beban kerja perkeranian’.

Contoh pertama: Tugas guru kebajikan dan biasiswa. Saya berpendapat, semua guru, terutama sekali guru tingkatan ialah guru kebajikan. Sebab itulah banyak hal peribadi murid yang mengganggu pembelajaran mereka ada dalam pengetahuan guru. Ibu bapa bercerai, ibu bapa bergaduh, ayah dibuang kerja, ibu lari dari rumah, semuanya diadukan kepada guru. Itu tak mengapa. Jika sedikit tepukan di bahu dan mengesat air mata murid boleh membantu mereka belajar, saya fikir tiada guru yang merungut.

Tetapi guru biasiswa, lain pula ceritanya. Mereka perlu membuat salinan borang, mengedarkan borang, mengutip semula borang dan memastikan semua borang diisi dengan betul, termasuk memastikan semua salinan dokumen sokongan lengkap, seperti salinan kad pengenalan dan sebagainya. Sebelum semua ini bermula, mereka perlu mencari murid yang miskin untuk diberi bantuan biasiswa. Ada banyak jenis biasiswa untuk murid sekolah dan semuanya ada syarat layak yang tertentu, tetapi secara umumnya murid yang keluarganya mempunyai pendapatan kurang daripada seribu ringgit sebulan, layak mendapat bantuan.

Soalnya, tidak bolehkah kerja mengenal pasti murid dan semua ‘kerja-kerja kertas’ itu dibuat oleh kerani? Apa kaitan pengurusan biasiswa yang banyak melibatkan kertas itu dengan kerja guru yang sebenar, iaitu P&P?

Contoh kedua: Saya fikir hampir semua guru sedar bahawa bagi orang-orang politik, semua masalah sosial negara perlu diselesaikan di sekolah. Benar, sekolah memang tempat mendidik, tapi apakah setiap kali ada masalah kita hendak buat satu persatuan atau kelab baru. Tugas guru ialah mendidik murid membezakan apa yang salah dan apa yang betul dan kita mengajar mereka supaya berfikir sendiri. Kita tidak boleh sebut satu-satu ‘merempit salah’, ‘hisap dadah salah’ atau ‘mencuri salah’, kerana ada terlalu banyak kerja jahat dalam dunia ini. Kita perlu ajar murid berfikir sendiri.

Tetapi apabila kita menghadapi masalah mengatasi jenayah, guru diminta membuat satu kelab antijenayah. Bila ada masalah dadah pula, kita buat pula kelab antidadah, seolah-olah masalah dadah bukan jenayah yang tidak boleh digabung dengan antijenayah. Kemudian kita dapati murid kita tidak sayang kepada negara, kita buat pula kelab kenegaraan, seolah-olah Persatuan Sejarah sudah gagal. Kita boleh buat 100 persatuan dan kelab pun mengikut kehendak masyarakat luar, tetapi siapa yang hendak membuat kerjanya? Mengadakan persatuan bukan semata-mata berkumpul dan membuat aktiviti. Guru perlu menyiapkan laporan, mendaftar persatuan, mengambil gambar, membuat perancangan tahunan. Ini semua ‘kerja-kerja kertas’. Mengapa tidak boleh hantar pegawai polis atau pegawai dari Biro Tata Negara (BTN) datang menguruskan persatuan ini di sekolah? Datanglah setiap hari Sabtu misalnya, untuk aktiviti ini.

Contoh ketiga: Guru data. Tugas guru ini ialah merekodkan hal perjawatan guru, misalnya, tarikh lapor diri, tarikh lantik, tarikh temuduga, tarikh sah jawatan, tangga gaji, kursus dan sebagainya. Oleh kerana tugas merekod ini berat, maka guru-guru Data biasanya dikurangkan waktu mengajar, kepada 12 hingga 15 waktu daripada biasanya 25-29 waktu untuk guru-guru lain (setiap waktu ialah 40 minit di sekolah menengah dan 30 minit di sekolah rendah). Masalahnya, guru-guru data ini merekodkan perkara yang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sudah tahu, contohnya, tarikh-tarikh penting seperti tarikh lapor diri, tarikh lantik, tarikh sah jawatan. Bukankah surat datang dari SPP?

Contoh keempat: Guru tingkatan. Guru tingkatan ialah antara orang yang paling sakit kepala di sekolah kerana semua guru-guru lain bekerja melalui guru tingkatan. Guru biasiswa hendak edar borang, suruh guru tingkatan. Sekolah hendak cuti, guru tingkatan perlu edar surat. Guru SPBT hendak edar buku teks, guru tingkatan perlu uruskan. Murid kemalangan, hendak mohon insurans, guru tingkatan juga perlu uruskan. Guru Penolong Kanan kokurikulum hendak maklumat kokurikulum murid, pun suruh guru tingkatan, bukan suruh guru persatuan atau kelab. Murid tidak datang sekolah, guru tingkatan perlu hantar surat amaran. Kelas tak ada penyapu, pun guru tingkatan kena belikan. Kadang-kadang kalau kelas kotor, cikgulah yang kena menyapu walaupun sekolah ada tukang sapu swasta. Kalau pegang kelas baik, tak apa. Tapi kalau dapat kelas belakang, memang guru boleh kena serangan jantung.

Sekarang ini syukurlah kita ada sistem online yang mengumpul data peribadi murid yang kita panggil Sistem Maklumat Murid (SMM). Seorang guru dilantik menjaga SMM ini. Jika guru data menjaga maklumat guru, guru SMM menjaga maklumat murid. Tetapi, walaupun SMM sudah ada, guru tingkatan masih perlu mengisi kad 001. Untuk apa, saya pun tidak tahu. Setiap tahun, guru yang memegang kelas tingkatan 1 perlu menyiapkan kad 001 seawal bulan Februari atau Mac. Tetapi selepas itu tiada siapa yang hendak mengurus kad 001 itu, sebab hampir semua keperluan maklumat murid akan diambil dari SMM. Jika kita ada setengah juta murid baru masuk ke tingkatan satu, ada setengah juta lagi murid baru masuk darjah satu. Jika harga kad 001 itu satu ringgit, kita membelanjakan satu juta ringgit untuk kad 001 yang tidak digunakan pun. Ini duit siapa satu juta ini? Dan hal menguruskan kad 001 itu, tenaga siapa kalau bukan guru?

Contoh kelima: Guru perabot. Bila ada masalah perabot sekolah, guru ini kerjanya mengangkut kerusi meja yang rosak dan mengira berapa banyak perlu dihapuskan, berapa banyak perlu mohon yang baru, dan berapa banyak boleh dibaiki. Adakah semua ini membantu murid meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah sebagaimana disebut oleh KPPM dalam tulisannya? Barangkali KPPM tidak pernah nampak rupa guru bermandi peluh turun naik tangga mengangkut perabot, ada yang ringan, ada yang berat. Saya pernah nampak; macam buruh yang kerja membuat bangunan.

Saya tidak nafi, di luar negara pun amalannya ialah melantik guru akademik membuat kerja pentadbiran. Tapi berapa banyak kerja pentadbiran yang mereka ada? Adakah sampai memakan masa 70-80% masa kerja? Saya pernah melawat sekolah di luar negara, dan Guru Besar mereka pun mengajar hampir separuh daripada masa kerja dan membuat kajian tindakan. Adakah Guru Besar dan Pengetua kita membuat kajian tindakan? Setahu saya, hanya negeri Johor mewajibkan semua guru membuat kajian tindakan, itupun ramai yang membuat kajian ‘depan komputer’ kerana kesuntukan masa.

Akuilah, kerja pentadbiran memang sudah mengganggu tugas hakiki guru kita. Kalau tidak mengapa Menteri Pelajaran sejak Datuk Hishamuddin bercakap tentang beban kerja guru?

Mengapa Menteri Pelajaran pernah menyebut tentang institut latihan guru sukan, supaya guru akademik tidak perlu lagi membuat tugasan kokurikulum, sebagai usaha mengurangkan beban kerja guru?

Adakah Menteri Pelajaran tanpa latar belakang pendidikan lebih sedar hakikat di sekolah berbanding KPPM yang pernah menjadi guru? dan mengapa perlu ada Standard Guru Malaysia (SGM) jika kita sudah ada Tonggak 12, kalau bukan kerana guru kita sudah terpesong dari apa yang digariskan dalam Tonggak 12, dek kerana kerja-kerja perkeranian ini? Atau adakah SGM dibuat supaya lebih banyak ‘kerja-kerja kertas’ dibuat oleh guru?

P/S : dipetik dari akhbar UTUSAN MALAYSIA - 10122009


Weigh Loss Surgery

Tuesday, December 1, 2009

1 Disember 2006 - 1 Disember 2009


alhamdulillah..today is my 3rd anniversary...hari nie genap 3 tahun aku bergelar isteri kepada suami tercinta...3 tahun yang berlalu..kejap je rasa...rasa mcm baru smlm je kawin...hehehe...alhamdulillah aku bersyukur dengan segala rahmat dariNya...memberikanku menjadi seorang yang bergelar isteri, menyintai dan dicintai, mengajarku menjadi penyabar, menerima seadanya...3 tahun yang berlalu...pelbagai onak dan duri yang kami lalui....suka duka bersama2...gaduh2 manja...semuanya memberikanku pengajaran dalam mematangkan pemikiran....semoga tahun yang akan datang kami dikurniakan zuriat penyejuk jiwa hendaknya...inilah doaku yang belum dimakbulkan lagi...semoga kita makin tabah dan berbahagia menjalani kehidupan yang mendatang...

Monday, November 30, 2009

Selamat Pengantin Baru Nor Rafidah Abdul Aziz



Selamat Pengantin Baru untuk sahabatku Nor Rafidah @ Idot...idot nie kawan serumah masa study kat UPSI..memori kg pinang masih tersemat di dalam ingatan...tahniah kak...moga berbahagia hingga ke akhir hayat...cun betul akak aku hari nie...maaf xdapat hadirkan diri...insyaAllah bila aida balik muar nnt kita jupe ek....

p/s : awin, aku amik gambar kat dlm facebook...sori ek...

Saturday, November 21, 2009

KENANGAN DI SMK ABDULLAH MUNSHI

semalam adalah hari terakhir aku berkhidmat di SMK ABDULLAH MUNSHI..sekolah gred A dan juga sekolah bestari di Pulau Pinnag..memang sedih nak tinggalkan sekolah nie...dulu aku penah blaja di sini...dr tahun 1993 hingga 1996...dari form 1 smp f4...pastu tahun 2007 aku ditugskan ke sekolah nie bila minta ditukarkan ke penang...dulu blaja...skarang mengajar..walaupun situasi berbeza tp aku gembira..paling best dulu blaja di kelas..duduk kat meja pelajar...skang mengajar lak kat depan...masing terbayang2 masa jadi pelajar dulu...smlm hari terakhir...jupe guru2 yang penah mengajar aku dulu mmg sedih...cg low (guru maths aku dulu), cg yeap (juga guru maths aku dulu), cg jamilah (cikgu bm aku-yg buatkan aku dpt A dlm PMR utk subjek bm...heheh), cg siraj nahar (cikgu maths aku dulu)...dulu aku adalah pelajar dan mereka adalah guru aku...skrang kami sama2 sbg rakan sekerja..situasi yg amat berbeza...dulu aku takut gak la kat diaorg nie...tp skarang siap leh melawak lg...masuk meeting sama2...bincang hal sekolah sama2...really a sweet moment...semalam mengalir gak la air mata bila bersalaman n berpelukan terutamanya ngan kak nad n kak ti...bila la agaknya dapat berjumpa lagi yer...xper handphone ada...leh calling2...facebook pun ada...ucapan tahniah juga pd rakan2 yg dpt bertukar..antaranya:-

1. Kak Nad - SMK Dato' Seri Husin, Selama, Perak
2. Nazrah - SMK Penanti
3. Kak Yati - SMK Dato Onn
4. Fadlina n ust amir - SMK Bandar Tasek Mutiara
5. Kak As - SMK Perai
6. Ust Raziman - balik ke Perak
7. Kak Nasimah - SMK Jawi
8. Kak Lia - SMK Permatang Rawa
9. Farid - SMK (P) St Georges
10. Saravanan - SMK Hamid Khan
11. Malik - SMK Hutchings
13. Suhaila Begum - MGS
14. Dan aku - SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak

Semoga kita gembira dapat bertugas di sekolah baru...


Friday, October 23, 2009

ADIK's CONVOCATION

tahniah!!
antara yang hadir...
gambar family...
sempat lagi amik kat tangga...hehehe...
mama adik abah

Jumaat lepas adik kesayanganku menghadiri Majlis Konvokesyennya di Uitm Shah Alam...tahniah dik...kami g kl hari khamis pas keje...kira jumaat tu amik cuti...keluarga mummy n keluarga acu pun sama2 ke kl nak meraikan adik...thanks a lot...seronok dapat kumpul ramai2 nie...dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan..nie gambar2 masa g kl hari tu...


Sunday, October 18, 2009

PERKARA YANG DILARANG KETIKA SOLAT


  • Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

  • Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

  • Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

  • Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".

  • Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

  • Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

    Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

    Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.

    Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

  • Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.

  • Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh."

  • Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.

  • Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.

  • Berdiri di atas satu kaki
  •