BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Aidilfitri tahun nie disambut sederhana...ikutnya tahun nie turn belah abg kat muar...tp memandangkan aku br je mengandung, xbrani nk naik keta jalan jauh2.....tahun nie cuma raya kat parit buntar....aku lak xbrapa sihat...mabuk kepayang...huhuu...mkn pun xleh byk....lgpun skang nie aku cpt mengah n penat...huhu...maaf mak yer...terima kasih kerana memahami....terima kasih gak sbb kirim mcm2 lauk kat kami walaupun x balik....seronoknya dapat makan sambal goreng....tahun dpn kami balik muar...insyaAllah....

Raya cuma melawat sedara dekat2 jer...masa balik kpg abah kat penaga pada hari raya ke-2, brapa kali berhenti nak muntah...sian semua terpaksa melayan karenah aku.....sorry yer....

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua kaum keluarga, sahabat- sahabat handai dan kepada sesiapa yg mengenali diri ini...

nie ada serba skit gambar raya...jom layanzzz.....

gambar aku...heheh...bulan posa turun 8kg...ramai yg tegur nampak susut badan.....seronok gak....heheh....

tahun nie raya berdua....insyaAllah tahun depan leh beraya bertiga...doakan yer :)

ngan adikku...

abah, adik, opah, abang, wan, aku n mama....

bersama keluarga di pagi raya di parit buntar....

Wednesday, September 8, 2010

Penantian 3 tahun 9 bulan....

agak lama aku x menulis dlm blog nie.... bukan sbb bz atau apa tp sbb kesihatan diri aku dn suami yang kurang memuaskan... mula dengan minggu ke-2 puasa... hubby kesayanganku demam, batuk, sakit kepala...hampir seminggu jugak la aku menjaganya...sian dia...batuk teruk...klu cakap byk smp nk termuntah lak...masuk minggu ke-3 puasa....kena kat aku lak...aku muntah teruk.....abah kata klu keracunan makanan mesti skali ngan cirit dan sakit perut...tp aku muntah jer...makan waktu berbuka muntah, makan waktu sahur muntah...mmg lembik laaaa...
masuk hari ke-4 br nk g klinik...tujuan utama sbb nk dapatkan mc....badan dh lemah, nk ke sekolah pun jadi xlarat... pagi tu aku ke poliklinik hidayah... hubby xdapat teman sbb dia ke sekolah.....masuk2 je bilik doktor tu, citer2 apa yg patut...doktor nk scan perut...dia kata nk check samada bengkak @ x.... bila scan jer...suddenly doc tu cakap...awak nie pregnant nie... dah nampak kantung bby....waaaaaaa punya terkejut aku dibuatnya.... meremang bulu roma.... pastu doktor kata dia nk confirmkan samada betul @ x pregnant nie... check urine...bila buat UPT... double line mmg nampak dgn jelas..... doktor cakap dh 6 minggu dh....Allahuakbar syukur padaMu... dh lama aku dn suami menanti saat2 nie... akhirnya doa kami dimakbulkan di bulan yang mulia ini....
pas kuar klinik aku terus tepon somiku... huhuhu.... dia ok jer...relaks....katanya dh lama kita menanti saat nie... terharu aku...huahuahua.... smp je umah terus tepon abah... abah la yg paling emosional... sebak n nangis lak... ngan aku2 skali xleh ckp kat tepon.... huhuhu....pastu tepon mama... mama pun nangis gak... pastu bgtau adik n mummy.... semua seronok ngan berita nie.....
perasaan aku? mestilah gembira x terkata...alhamdulillah syukur sgt2... setalah hampir 4 tahun aku menunggu untuk ada zuriat sendiri, akhirnya doaku dimakbulkan Allah SWT....mohon pada semua agar dapat mendokan aku sehingga selamat semuaNya.... sekarang condition aku agak teruk la ngan mabuk kepayang nie.... muntah je keje....xleh masuk apa.... mmmmm bukan senang nk dapat sorang nie.... semoga alahan aku cepat ok dan xlama sgt....

p/s : nnt upload gambar scan yer... xlarat skang nie...

Saturday, August 28, 2010

I'm 30...

Hari nie hari lahir ku yg ke-30...phewwww....it's thirty....satu angka yg meningkat ke satu fasa yg lain...tahun nie biasa2 jerr....memandangkan aku dh 'tua'....hihihihi.... maka tidak perlulah smp nk celebrate ke...tiup lilin ker....cukupla sekadar ucapan dan doa daripada keluarga tercinta dan teman-teman tersayang....lgpun my hubby xbrapa sihat.. demam n batuk sejak minggu lepas....lgpun hari ni bersamaan 18 ramadhan....just balik kpg oppsssss balik bandar dok umah ma jer.....semoga aku sentiasa diberkati olehNya, sihat tubuh badan, dikuatkan iman, dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak....InsyaAllah......moga masih boleh menyambut lagi hari lahir pada tahun hadapan....


Thursday, August 19, 2010

Kembalinya Angah Ke Rahmatullah..

Isnin lepas 16 Ogos 2010 bersamaan 6 Ramadhan 1431H, jam 5.50 petang, angah telah kembali ke rahmatullah.... angah adalah pakcikku yang paling rapat denganku... kehilangannya mmg dirasai.. kala menulis post ini, airmata turut mengalir...angah pergi dengan tenang.. menderita sakit kanser hati... terlalu cepat masa berlalu... angah pergi selepas 2 bulan kami sekeluarga tahu angah menghidap sakit ini... dugaan buat kami sekeluarga di bulan ramadhan pada tahun ini... moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh... moga mummy, farid, jaja, kakak, adik dan kita sekeluarga tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang... Al-fatihah...

gambar arwah dengan mummy n atif... gambar terakhir yang diambil dari kameraku... masa nie angah dah x sihat...

banner dr web ppd kerian

kini tiada lg orang yg menegur aku salah parking
tiada lagi geng abah utk lawan mkn lawan dengkur
tiada lg org yg akan kopek kulit kerang kulit udang kt adik wani
tiada lg org yg akan sembang hal pendidikan ngan abg
tiada lg suara yg akan memerli aku bila mkn ikan keli santan opah dgn byk
tiada lg semuanya
moga kenangan ini kekal abadi
al-fatihah
bersua kita d sana nnt.....

Jika Isterimu Menangis...


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Friday, August 13, 2010

KARNIVAL RAMADHAN

Thursday, August 5, 2010

NASIK KANDAQ BEST KAT PENANG

Senarai Kedai Nasi Kandar Best

Pagi
1. Jelutong (kedai cina bertentangan balai Polis - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak)
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)

Tengahari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)

Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)

Restoran Deen 24jam (Jln Jelutong sebelah &-Eleven - yg ni sedap & terkenal di kalangan Penangites)

P/s: source daripada forum cari.com

nie Nasi Kandaq Beratur...start mmg pukul 10 mlm.....byk kali dh mai mkn kat sini...punya la panjang queue....beratur dekat 1 jam...mkn 10 minit jaaaa.....huhuhu....

Monday, July 26, 2010

TUDUNG RAYA


mmmmm tudung raya dh siap.... yae! yae! tp posa lum lg!!!! oooopppssss!! mcmana tu?hihi...early preparation... x la nnt last minute budget lari... nak byr kuih raya lg, beli barang baju kat family lg, duit raya lg.... cantik x tudung nie?? hehehe... xsabo lak nak pakai... tudung nie beli dr krin's world... dh 3 helai amik kat sini... suka ngan hasil jahitannya... cantik... thanks shidah....

Wednesday, July 21, 2010

Kenapa Cincin Nikah Di Sarungkan Ke Jari Manis?

Ikutkan langkah yang dituliskan dibawah ini.

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam(rujuk gambar di atas)

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.

3. Cube buka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibukakan??ini kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

5. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

6. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan rasa pelik dan heran kerana jari tersebut tak boleh dibuka. sebab jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.tapi boleh buka..tapi tak la seluas bukaan yang lain... Cinta suami isteri kekal abadi. insyaAllah..

p/s:- sumber dari blog seorang sahabat ....

Monday, July 19, 2010

Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu

JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu.

Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat. Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata mereka terharu dan bersyukur dengan anugerah Allah itu kerana sudah lama berusaha untuk mendapat cahaya mata, lebih manis lagi dikurniakan empat bayi sekali gus.

Katanya, mereka terkejut dikurniakan kembar empat kerana doktor yang melakukan pemeriksaan peringkat awal kehamilan Norhayu memaklumkan kembar tiga.

Beliau berkata, mereka membuat persiapan untuk menyambut kembar tiga.

“Semua bayi tidak cukup bulan dan ditahan sementara di HPP dengan dua daripada mereka dibenar pulang pada 28 Jun lalu, manakala dua lagi pada 1 Julai lalu.

“Kami bersyukur kerana semua bayi sihat dan kini tidak menang tangan melayan kerenah mereka, terutama ketika menangis. Namun, ia amat menyeronokkan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga,” katanya di sini, semalam.
Mohd Rizal, juruteknik kilang plastik di Pulau Pinang berkata, kembar empat itu seiras dan diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (satu kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).

Sementara itu, Norhayu yang juga suri rumah berkata, mereka puas berusaha untuk mendapatkan zuriat termasuk menggunakan rawatan moden dan tradisional, selain banyak berdoa.

“Peringkat awal hamil saya amat risaukan keadaan kandungan kerana mengalami alahan serius, termasuk kerap muntah,” katanya.

“Namun, saya bersyukur kerana keempat-empat bayi selamat dilahirkan dan sihat, katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan,” katanya.

p/s : Allah Maha Besar...